Sunday 27 November 2016

Pertanian Adalah Perniagaan


1.0         PENGENALAN

        Hasil daripada sumber kajian arkeologi didapati terdapat kesan penggunaan tanah sejak beribu-ribu tahun dahulu oleh sekumpulan kecil manusia pada masa itu. Jumlah sekumpulan kecil manusia itu dipercayai sebanyak 20 orang sahaja. Pada ketika itu, manusia hanya menjalankan aktiviti pra-pertanian seperti memburu, menangkap ikan, memungut tanaman hutan dan madu. Masyarakat pada peringkat ini dikenali sebagai masyarakat “Pemburu dan Pengumpul” (Hunting and Gathering Society).
      Bentuk pertanian pada peringkat awal adalah primitif. Namun perubahan demi perubahan berlaku dengan membiak-baik tumbuhan melalui proses-proses pemilihan dan sebagainya. Pertanian dan penternakan yang dahulunya di jalankan secara meliar telah diubah corak penjagaannya dengan membentuk satu komuniti pertanian yang lebih besar berbanding dengan kaedah pertanian pada peringkat awal. Pelbagai jenis tanaman yang telah terhasil kesan daripada proses pemilihan dan penanaman dan kemudiannya ia dipindahkan ke tempat-tempat lain di dunia ini.
         Iklim adalah salah satu faktor yang mempengaruhi pertumbuhan tanaman sehingga menyebabkan sebaran atau taburan spesis tanaman ke merata pelosok dunia. Kawasan pertanian awal yang dikesan bermula pada tahun 6000 s.m yang menjalankan aktiviti pertaniannya di kawasan Asia Barat berhampiran dengan lengkungan Lembangan Sungai Trigis. Antara tanaman yang di tanam di kawasan yang
subur ini adalah seperti tanaman barli, tanaman kurma, tanaman buah lai, tanaman buah delima, tanaman bawang dan tanaman kekacang. Terdapat juga tanaman buah epal ditemui di tanam di kelliling Lautan Hitam atau Kaspian.
          Diantara aktiviti ekonomi dunia yang paling penting ialah bidang pertanian. Pertanian ialah pengeluaran makanan dan barangan melalui perladangan, penternakan dan perhutanan. Ia merupakan perkembangan utama yang membawa kepada kebangkitan tamadun, dengan penanaman dan penternakan mewujudkan lebihan makanan dan seterusnya membolehkan pembangunan masyarakat yang lebih padat dan berstrata (Wikipedia:Ensiklopedia Bebas).
       Kajian pertanian dikenali sebagai Sains Pertanian. Ilmu pertanian atau agronomi moden menerangkan mengenai pembiakbakaan tumbuhan, racun  perosak dan baja. Pertanian juga menerangkan tentang teknik pertanian seperti cara bagaimana meluaskan tanah untuk bercucuk tanam dengan membina terusan air dan bentuk pengairan yang lain.
        Sektor pertanian telah memainkan peranan yang penting di dalam pembangunan sosial dan ekonomi di Malaysia. Pada masa itu, kegiatan pertanian adalah pertanian sara diri dan tradisional. Sehinggalah pada tahun 1887 perkenalan tanaman industri iaitu industri getah mula di tanam di Kuala Kangsar, Perak. Ini telah menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama getah asli dunia untuk beberapa abad sehinggalah akhir tahun 1980an. Peningkatan teknologi telah menambahkan hasil tanaman secara mendadak. Ini dapat dilihat pada KDNK negara Malaysia sebanyak 12% terbentuk daripada pertanian. Lebih kurang sebanyak 16% daripada rakyat Malaysia melibatkan diri mereka dalam bidang pertanian.
         Kerajaan pada masa sekarang memberi tumpuan yang lebih kepada sektor pertanian. Ini kerana aktiviti pertanian bukanlah lagi bersifat keperluan sara hidup diri malahan telah dapat memberi keuntungan kepada pengusahanya. Kini pertanian adalah satu perniagaan. Ia bertujuan untuk mentransformasikan negara Malaysia daripada sebuah negara perindustrian kepada sebuah negara pertanian. Kerajaan telah melakukan banyak perubahan untuk pembangunan di dalam bidang pertanian. Keadaan in dapat dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia dan seterusnya membantu menambahkan hasil pendapatan negara. Masyarakat perlu mengubah persepsi mereka terhadap bidang pertanian yang di anggap tidak memberi keuntungan kepada mereka. Ini kerana visi ‘Pertanian adalah perniagaan’ semakin diberi penekanan oleh kerajaan agar penglibatan masyarakat di dalam bidang ini akan terus berkembang maju. Masyarakat juga perlu lebih berani untuk mengambil risiko dan cuba melakukan aktiviti pertanian serta mula berbakti kepada tanah. Pertanian tidak terhad kepada faktor umur malah perlu diceburi oleh seluruh lapisan masyarakat. 



2.0       KEPENTINGAN BIDANG PERTANIAN

          Bidang pertanian telah memainkan peranan yang penting awal tahun 1920 an kepada negara menerusi industri getah yang mengangkat nama Malaysia sebagai pengeluar getah asli utama dunia sehingga tahun 1980 an. Bagi negara-negara yang sedang membangun seperti Malaysia, bidang pertanian merupakan bidang yang terpenting bagi negara tersebut. Bidang pertanian merupakan bidang yang memberi sumbangan kepada pembangunan negara dan pertumbuhan ekonomi negara dalam era selepas merdeka.
            Namun kini bidang pertanian beransur-ansur dipandang sunyi dengan kepesatan pembangunan dan kemajuan negara. Generasi muda tidak lagi berminat untuk meneruskan pekerjaan turun temurun dan mereka lebih berminat untuk berhijrah ke bandar-bandar mencari peluang pekerjaan yang lebih dan menawarkan pendapatan yang lebih tinggi dan terjamin dalam sektor perindustrian. Ini kerana imej pekerjaan di sektor perindustrian dilihat lebih tinggi dan memiliki kemudahan sosial yang lebih baik.      Kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk pembangunan bidang pertanian ini. Kerajaan mahu melihatkan bahawa bidang pertanian mempunyai masa depan yang cerah dan menguntungkan. Bidang pertanian sebenarnya dapat memberi sumbangan yang besar kepada negara. Dasar Pertanian Negara menjadi garis panduan kepada pembangunan bidang ini.
            Aktiviti pertanian yang produktif serta cekap adalah penting bagi penghasilan sumber makanan yang banyak. Kepentingan bidang pertanian dapat dilihat sangat tinggi apabila meningkatnya permintaan kepada bahan asas tani seperti sayuran dan sumber lain untuk kegunaan harian. Bidang pertanian membekalkan bahan mentah kepada sektor ekonomi sekunder negara dan pemprosesan makanan. Hasil daripada bidang pertanian ini merupakan input yang digunakan dalam proses pengeluaran bahan makanan  yang boleh dijadikan sebagai produk eksport. Diantara eksport makanan yang menggunakan hasil pertanian adalah seperti mentega, serbuk koko, serbuk lada hitam dan sebagainya. Kos pengeluaran juga dapat diminimumkan memandangkan harga bahan mentah yang dibekalkan oleh bidang pertanian adalah murah berbanding dengan pasaran antarabangsa. Selain itu antara kepentingan bidang pertanian kepada negara ialah :

i)             Mengelakkan krisis bekalan makanan dan memastikan bekalan makanan mencukupi

Malaysia adalah salah satu negara yang menjadikan beras sebagai makanan ruji. Kerajaan telah berusaha untuk membangunkan penuaian padi dua kali setahun. Secara tradisionalnya pengeluaran padi pada masa lalu hanya sekali setahun. Tetapi dengan kemajuan teknologi dan infrastruktur telah membolehkan pengeluaran padi sebanyak dua kali setahun. Keadaan ini dapat menampung permintaan masyarakat Malaysia selain kerajaan mahu mengurangkan import beras dari Thailand. Pengurangan kebergantungan kepada negara luar dapat mengurangkan pengaliran matawang ke negara luar dan dapat meningkatkan ekonomi dalaman negara. Kerajaan juga sedang melakukan penyelidikan untuk menghasilkan pengeluaran beras lima kali setahun. Ini adalah kerana pertumbuhan penduduk negara yang semakin meningkat. Disamping itu, negara Malaysia mempunyai tanah yang amat sesuai untuk dimajukan dalam bidang pertanian seperti tanaman kopi, bijirin dan juga koko. Jika keperluan ini mencukupi untuk menampung keperluan rakyat Malaysia, maka bahan yang diimport dari negara luar dapat dikurangkan.

ii)            Mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan jumlah pengangguran

Bidang pertanian dapat menyediakan peluang pekerjaan yang luas kepada rakyat Malaysia. Ini kerana negara kita mempunyai tanah yang luas untuk diusahakan bergantung kepada kerajinan individu tersebut. Tenaga buruh dapat dibekalkan melalui peluang pekerjaan yang terbuka apabila pengusahaan tanah untuk tujuan pertanian dilakukan. Definisi pekerjaan dalam bidang pertanian bukan sahaja bekerja di ladang malahan meliputi pemprosesan dan pemasaran. Bidang ini tidak memerlukan kelulusan yang tinggi. Pelbagai agensi kerajaan yang berkaitan dalam bidang pertanian membuka tawaran kursus kepada masyarakat yang berminat dalam bidang pertanian untuk mendapatkan ilmu dan sebagainya. Bidang pertanian dapat mengurangkan jumlah pengangguran negara dan dapat menambahkan jumlah pendapatan isi rumah. Jurang kemiskinan dapat dirapatkan melalui pembangunan bidang pertanian ini. Keadilan sosial dan pengagihan kekayaan yang seimbang dapat dicapai. Sebagai salah satu usaha kerajaan yang efektif ialah skim Felda dimana tanah pertanian yang luas diagihkan mengikut nisbah yang sama rata kepada penduduk desa untuk dimajukan.

iii)           Meningkatkan pendapatan negara dan sosio ekonomi masyarakat.

Bidang pertanian bukan sahaja memberi manfaat kepada pengusahanya malah ia juga dapat meningkatkan pendapatan negara dan seterusnya sosio ekonomi masyarakat. Negara akan menambahkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui pengeksportan tanaman komersial seperti kelapa sawit dan lada hitam. Malaysia merupakan pengeluar kedua terbesar di dunia bagi pengeluaran getah dan minyak kelapa sawit. Kerajaan melalui agensi-agensi pelaksana banyak melakukan perubahan daripada aspek proses dan keperluan jentera. Melalui Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia atau MARDI, Malaysia telah banyak menghasilkan pelbagai variasi, klon dan tanaman baru dengan bantuan teknologi ICT yang terkini. Oleh yang demikian, pengusaha ladang dapat menggunakan teknologi-teknologi ini dan seterusnya meningkatkan kuantiti dan kualiti pengeluaran. Dengan keadaan ini hasil pendapatan negara akan bertambah dengan mengeksport pengeluaran tanaman yang bermutu tinggi kepada negara luar. Pengaliran matawang Malaysia keluar negara dapat dikurangkan dan ianya memberi kebaikan kepada pertumbuhan ekonomi negara. Kedudukan kewangan negara melalui pembangunan bidang pertanian dapat dikukuhkan melalui keseimbangan Indeks Imbangan Perdagangan iaitu Indeks harga hasil eksport dan belanja import.



3.0 POTENSI BIDANG PERTANIAN SEBAGAI PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN

            Peringkat awalnya, fungsi bidang pertanian adalah untuk memenuhi keperluan asas manusia iaitu membekalkan makanan yang mencukupi kepada masyarakat. Keadaan ini berubah apabila meningkatnya tamadun manusia maka fungsi pertanian juga turut berubah. Bermulanya hanya pertanian untuk sara diri dan kini ia bertukar menjadi pertanian untuk perniagaan. Berbudi kepada tanah akan memberi hasil yang menguntungkan kepada pengusahanya. Bidang pertanian kini menjadi satu bidang perniagaan di mana para pengusaha ladang menjadi usahawan dan hasil-hasil tanaman mereka itu dijual kepada orang ramai.
            Memetik kata-kata daripada mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, beliau menyatakan bidang pertanian perlu menjadi sektor moden, dinamik dan berpendapatan lumayan melalui tranformasi yang akan dilakukan kepada bidang pertanian ini. Beliau ingin mengubah tanggapan masyarakat bahawa menjadi petani perlu bertungkus lumus di bawah sinar matahari dan mendapat hasil yang tidak setimpal dengan titik peluh yang dicurahkan dan sememangnya kurang menarik minat golongan muda dapat disangkal dengan usaha pemerkasaan bidang pertanian ini.  Selama bertahun-tahun bidang pertanian ini tidak begitu popular kerana secara umumnya pertanian dianggap suatu mata pencarian yang memberi pulangan yang rendah dan hanya untuk mereka yang tidak atau kurang berpelajaran.
            Melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RM9), bidang pertanian dijadikan sebagai penjana pertumbuhan yang ketiga selepas pengilangan dan perkhidmatan. 37% rakyat Malaysia tinggal di kawasan luar bandar dan 7 daripada 13 buah negeri di Malaysia mempunyai kawasan tanah desa yang luas. Potensi untuk menjana sumber pendapatan melalui bidang pertanian dalam perniagaan terbuka luas. Penjanaan sumber baru pertumbuhan ekonomi dapat membantu merapatkan jurang sosio ekonomi rakyat dan dapat menghapuskan kemiskinan. Bidang pertanian dapat menghasilkan keuntungan yang tinggi jika ia diurus secara professional, pengurusan aspek kewangan yang baik, pemasaran, pembangunan sumber manusia, teknologi, logistik dan rantaian nilai. Ia juga dapat memberi keuntungan yang besar kepada pelabur serta pengusaha apabila pengusaha amat menitik beratkan beberapa aspek termasuklah kuantiti dan kualiti maka hanya pasaran bagi hasil yang akan dijual pasti akan meningkat. Penghasilan produk akan lebih bermutu apabila penambahbaikan daripada aspek pemprosesan, penggredan, pembungkusan serta pemasaran diberi keutamaan.
            Selain itu, galakkan dan insentif yang diberikan daripada kerajaan khusus kepada peniaga, petani serta pekebun kecil dapat meningkatkan keyakinan dan semangat mereka untuk meneruskan perniagaan dalam bidang pertanian ini. Amalan agronomi yang baru, pengurusan ladang secara moden dan penggunaan jentera baru serta teknologi terkini turut menggiatkan ‘Amalan Pertanian Baik’ (ABP) iaitu satu pendekatan serta sistem pengembangan pertanian oleh Jabatan Pertanian Malaysia. Jabatan Pertanian Malaysia ini bertanggungjawab memastikan pengeluaran hasil pertanian lebih berkualiti serta selamat untuk dimakan.
            Melalui perkenalan konsep agro-pelancongan telah menjadikan bidang pertanian sebagai satu bidang perniagaan yang menguntungkan. Konsep ini berkembang pesat berikutan Malaysia yang kaya dengan keindahan alam semulajadi. Pelbagai aktivviti yang berkaitan dengan bidang pertanian serta peladangan disediakan untuk para pelancong. Perniagaan pertanian melalui konsep agro-pelancongan ini menarik minat para pelancong luar negara untuk melihat keindahan alam flora dan fauna di negara Malaysia. Berbagai-bagai aktiviti yang dijalankan  melalui konsep agro-pelancongan ini. Di antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti lawatan ke dusun buah-buahan dan ladang ternakan, penyelidikan , homestay dan sebagainya. Disamping itu tetamu juga diajar tentang teknik pertanian moden yang digunakan.
            Salah satu produk pertanian yang popular di Malaysia ialah tanaman teh. Penanaman teh di kawasan –kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highland telah mengangkat nama Malaysia sebagai salah satu negara pengeluar teh berkualiti tinggi di asia. Penubuhan Industri Kecil Sederhana atau IKS adalah salah satu perkembangan yang menjadikan bidang pertanian sebagai satu perniagaan. Ia dapat meningkatkan pendapatan penduduk di luar bandar dan menaikkan taraf hidup mereka. Kepesatan industri pertanian pada sesebuah negara sememangnya membawa kepada keuntungan yang besar kepada negara itu sendiri.

           
4.0       CABARAN / HALANGAN BIDANG PERNIAGAAN BERASASKAN  PERTANIAN

            Perkembangan bidang pertanian secra komersial di negara kita sejak 50 tahun yang lalu menunjukkan penglibatan yang kurang daripada golongan belia walaupun bidang pertanian in menjadi antara bidang yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Bidang Pertanian ini termasuklah usaha penternakan, penanaman, perikanan dan industri hiliran. Bidang pertanian secara komersial adalah kegiatan pertanian yang dijalankan dalamn bentuk perladangan dengan hasil produktiviti dalam jumlah yang besar, jumlah keluasan tanah yang diusahakan, berdaya maju dan dimajukan dengan tanaman yang berpotensi untuk jualan. Dengan ini pendapatan akan meningkat dan nilai guna tanah bertambah untuk pulangan yang bersifat komersial.
            Namun begitu bukan mudah untuk meletakkan bidang pertanian sebagai bidang perniagaan. Ia perlu bersaing dengan bidang-bidang yang sedia ada yang lebih kukuh dan lebih diberi tumpuan oleh masyarakat. Dalam menstransformasikan bidang pertanian sebagai perniagaan telah menemukan pelbagai cabaran dan halangan dalam merealisasikannya. Diantara cabaran dan halangan bidang perniagaan berasaskan pertanian dilaksanakan adalah seperti berikut :

i)             Keperluan Penggunaan Sumber Secara Optimum

Tanah, air dan buruh merupakan sumber yang diperlukan dalam bidang pertanian. Kebanyakkan tanah-tanah yang ada di muka bumi Malaysia ini dibangunkan untuk tujuan perindustrian dan perumahan. Ini telah menyebabkan penawaran tanah agak terhad dan harga tanah menjadi mahal. Penggunaan tanah untuk pertanian di pengaruhi oleh keadaan ini. Di samping itu isu pemilikan tanah juga menjadi antara cabaran dan halangan menjadikan bidang perniagaan berasaskan pertanian. Pemilikan tanah oleh petani-petani adalah di dalam lot-lot kecil dan berselerak. Pembahagian tanah telah menyebabkan pengurangan keluasan kebun dan ini menyulitkan penggunaan teknik pengeluaran yang baik. Lot-lot tanah yang berselerak ini memerlukan lebih banyak masa, tenaga dan belanja, kelengkapan dan bahan pertanian lain. Pemecahan lot ini menyukarkan penggunaan infrastruktur baru atau teknik serta input baru.
            Gunatenaga buruh di dalam bidang pertanian ini juga menjadi salah satu cabaran dan halangan bidang perniagaan berasaskan pertanian. Kebanyakkan tenaga buruh lebih tertumpu kepada bidang perindustrian. Malaysia terpaksa mengguna tenaga buruh dari Indonesia dan Bangladesh di dalam bidang pertanian ini. Penglibatan generasi anak muda zaman sekarang kurang berminat untuk menceburi di dalam bidang pertanian ini. Mereka merasakan bidang pertanian in tidak mendatangkan pendapatan yang lumayan dan lebih tertumpu kepada bidang pengilangan dan perindustrian di mana bidang-bidang tersebut lebih terjamin dan stabil. Jumlah tenaga buruh yang terhad ini menyukarkan bidang pertanian ini bersaing dengan bidang-bidang yang lain di dalam perniagaan.

ii)            Kekurangan Pembiayaan dari Institusi Perbankan
     
            Sektor perbankan lebih berminat membiayai bidang ini sekiranya diwujudkan insurans pertanian bagi mengurangkan risiko petani dan pemberi pinjaman. Keadaan ini menjadi satu cabaran dan halangan menjadikan pertanian sebagai bidang perniagaan. Pihak perbankan tidak begitu berminat untuk membiayai bidang pertanian ini adalah kerana risiko yang dihadapi adalah lebih tinggi. Ianya juga sukar dikawal dan diramal. Contohnya seperti jangkitan penyakit, banjir, tanah runtuh, kemarau dan bencana alam yang lain.
            Kelemahan dalam menyediakan kertas kerja untuk tujuan pembiayaan juga menjadi salah satu cabaran dan halangan menjadikan bidang perniagaan berasaskan pertanian. Keadaan ini menjadikan institusi perbankan kurang berminat untuk membiayai bidang pertanian ini.

iii)           Kekurangan Modal untuk Penggunaan Teknologi Moden

        Kekurangan modal untuk mendapatkan penggunaan teknologi moden juga menjadi cabaran dan halangan menjadikan bidang perniagaan berasaskan pertanian. Teknologi moden berpotensi memberikan manfaat yang besar dan boleh mendatangkan hasil yang lumayan. Akibat daripada masalah ini juga menyebabkan petani dan pengusaha dalam bidang pertanian ini kekurangan benih atau klon yang berdaya pengeluaran tinggi dan terkini. Disamping itu penggunaan baja dan bahan kimia secara optimum dan betul juga tidak dapat digunakan bagi meningkatkan jumlah pengeluaran. Modal juga diperlukan untuk menampung kos-kos pengeluaran. Pengusaha pertanian menghadapi masalah untuk pusingan modal dalam aktiviti pertanian. Pengeluaran pertanian dapat ditingkatkan sekiranya wujud kemudahan kredit dan penggunaan input pertanian serta penggunaan teknologi terkini pertanian dan dirancang dengan baik dari segi penghantaran dan penggunaannya.















5.0    SOKONGAN DAN BANTUAN KERAJAAN KEPADA PERNIAGAAN BERASASKAN PERTANIAN

            Kerajaan Malaysia sentiasa prihatin dalam membantu dan memberi sokongan usahawan yang menceburkan diri dalam perniagaan berasaskan pertanian. Kerajaan di pelbagai peringkat memainkan peranan yang penting dalam membantu usahawan dalam perniagaan berasaskan pertanian ini. Kerajaan menekankan pengeluaran hasil pertanian secara komersial yang berorientasikan teknologi moden di dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9). Kesedaran mengenai peranan dan sumbangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mula diambil perhatian oleh pelbagai pihak. Ini selaras dengan matlamat Dasar Pertanian Negara Ketiga, (1998-2010) untuk meningkatkan jaminan bahan makanan (food security) negara melalui transformasi modus operandi pertanian yang berorientasikan komersial, meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pertanian melalui pemindahan teknologi, mewujudkan rantaian antara bidang pertanian dengan bidang lain serta menjana sumber pertumbuhan secara lestari (Malaysian Business 2004).
            Pelbagai program dirangka dan dilaksanakan oleh agensi kerajaan dalam pembangunan Industri Pertanian Kecil dan Sederhana. Bidang pertanian dapat memberi sumber pertumbuhan yang baru daripada hasil pelbagai inisiatif untuk menggalakkan pertumbuhan kumpulan industri baru seperti perhutani (agroforestry), produk asli istimewa, buluh dan rotan, produk bioteknologi, florikultur dan ikan hiasan. Kementerian yang bertanggungjawab didalam memberi bantuan dan sokongan kepada perniagaan berasaskan pertanian ialah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kementerian ini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bidang pertanian termasuk bidang perikanan dan bidang ternakan. Diantara bantuan dan sokongan yang dilakukan oleh kerajaan kepada perniagaan berasaskan pertanian ialah :

i)             Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

           Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), ditubuhkan untuk memenuhi matlamat dalam memajukan dan menggiatkan teknologi bersesuaian yang baru melalui penyelidikan-penyelidikan yang dilakukan dalam bidang pertanian ini. Tujuan dilakukan penyelidikan adalah untuk meningkatkan penghasilan dan keberkesanan dengan memodenkan bidang pertanian selain membantu meningkatkan pulangan kepada pengusaha dan petani. Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga turut membantu dalam bidang pertanian khususnya dalam tanaman kelapa sawit.   Lembaga ini bertujuan membangunkan industri sawit negara. Industri ini merupakan bahan eksport utama ke luar negara contohnya pemasaran ke Amerika Syarikat. Hasil daripada penyelidikan dan pembangunan ini juga membawa kepada penemuan teknologi dan inovasi baru untuk dikomersialkan. Contohnya penggunaan biojisim dan biodiesel, penjenteraan ladang serta kawalan serangga dan penyakit.

ii)            Pemasaran dan Pengedaran

            Pameran pertanian, Horikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) merupakan pameran pertanian yang diadakan oleh kerajaan bagi tujuan pemasaran dan pengedaran. Dengan adanya aktiviti pameran seperti ini ia dapat menarik bidang pertanian ke luar negara untuk bersama-sama memajukan bidang pertanian. Ia juga dapat membantu menghubungkan hubungan dua hala Malaysia dengan negara luar lain. Pertanian hiliran juga boleh dilakukan untuk memasarkan sesuatu produk yang lebih lama ke pasaran antarabangsa. Contohnya seperti buah pisang yang dijadikan kerepek pisang dan dijual ke pasaran antarabangsa.

iii)           Bantuan Kewangan dan Perundingan

            Bank Pertanian khususnya dapat memberi pembiayaan kepada petani untuk memulakan projek pertanian mereka. Di samping itu, pembiayaan juga dapat membantu untuk pembelian jentera bagi menggantikan tenaga manusia dan  membeli benih yang lebih bermutu. Skim pinjaman dengan kadar yang rendah perlu disediakan terutamanya kepada pekebun kecil. Contohnya Agro Bank membantu menyediakan pembiayaan kepada pengusaha IKS yang berasaskan pertanian. Pembiayaan daripada agensi kerajaan seperti TEKUN, MARA, PUNB dan Tabung Ekonomi Belia juga memberi kemudahan kepada para pengusaha dan petani. Agensi ini banyak membantu terutama dalam memberikan pembiayaan dan modal permulaan dalam sesebuah perniagaan. Dengan bantuan daripada agensi ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh bakal usahawan.
           
6.0       KESIMPULAN

            Bidang pertanian bukanlah satu bidang yang dikategorikan sebagai kelas kedua. Ini kerana bidang pertanian ini adalah penting dalam membekalkan makanan kepada masyarakat. Jika tiada usaha untuk pembangunan bidang pertanian ini maka negara akan mengalami masalah krisis bekalan makanan akibat daripada bekalan makanan tidak mencukupi untuk menampung jumlah penduduk yang semakin meningkat. Disamping itu keadaan ini turut membawa kepada permasalahan yang saling berkait contohnya seperti pendapatan negara tidak ditingkatkan dan bidang pertanian ini akan dibiarkan berkubur. Tiada keajaiban yang dapat memajukan bidang pertanian melainkan dengan usaha gigih semua pihak. Bidang pertanian bukan sahaja dapat meningkatkan jumlah pendapatan isi rumah dan mengurangkan jumlah kemiskinan malah ianya berpotensi untuk mendapat keuntungan yang lumayan. Perkembangan teknologi moden dan aspek pengurusan perniagaan dalam bidang pertanian perlu dipandang serius. Pengeluaran pertanian akan lebih bermutu, bernilai tinggi dan meningkat sekiranya ia menggunakan sumber yang optimum. Perniagaan berasaskan pertanian perlu lebih diberi perhatian dan keutamaan kerana ianya boleh memberi manfaat dan faedah kepada masyarakat dan negara. Generasi muda perlu menghayati ilmu pertanian dan cuba mengambil risiko menceburi bidang ini. Kekurangan lapisan anak muda menceburi bidang ini amatlah berkurangan. Pengetahuan asas mengenai bidang pertanian haruslah bermula dari rumah agar dapat memupuk minat anak muda di dalam bidang ini. Selain itu pendidikan di dalam bidang pertanian ini juga memainkan peranan yang penting agar inovasi dapat dilakukan dan menguntungkan negara. Kerajaan banyak memberi bantuan dan sokongan kepada petani dan pengusaha yang ingin menjadikan bidang pertanian ini sebagai salah satu bidang perniagaan. Pelbagai projek dan program di anjurkan oleh agensi kerajaan bagi menyokong para petani dan pengusaha ladang. Kemajuan bidang pertanian ini tidak akan berjaya sekiranya dilakukan oleh sebelah pihak sahaja. Semua pihak yang terlibat yang merangkumi seluruh masyarakat, para petani dan pengusaha, kerajaan dan sebagainya perlu memainkan peranan mereka bagi pembangunan dan kemajuan bidang pertanian ini.

Lampiran :  
http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/pertanian/petani-perlu-pelapis-1.350166 

5 comments:

  1. Halo semuanya, saya Rika Nadia, saat ini tinggal orang Indonesia dan saya warga negara, saya tinggal di JL. Baru II Gg. Jaman Keb. Lama Utara RT.004 RW.002 No. 26. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberikan saran nyata kepada semua warga negara Indonesia yang mencari pinjaman online untuk berhati-hati karena internet penuh dengan penipuan, kadang-kadang saya benar-benar membutuhkan pinjaman , karena keuangan saya buruk. statusnya tidak begitu baik dan saya sangat ingin mendapatkan pinjaman, jadi saya jatuh ke tangan pemberi pinjaman palsu, dari Nigeria dan Singapura dan Ghana. Saya hampir mati, sampai seorang teman saya bernama EWITA YUDA (ewitayuda1@gmail.com) memberi tahu saya tentang pemberi pinjaman yang sangat andal bernama Ny. ESTHER PATRICK Manajer cabang dari Access loan Firm, Dia adalah pemberi pinjaman global; yang saya hubungi dan dia meminjamkan saya pinjaman Rp600.000.000 dalam waktu kurang dari 12 jam dengan tingkat bunga 2% dan itu mengubah kehidupan seluruh keluarga saya.

    Saya menerima pinjaman saya di rekening bank saya setelah Nyonya. LADY ESTHER telah mentransfer pinjaman kepada saya, ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah Rp600.000.000 yang saya terapkan telah dikreditkan ke rekening bank saya. dan saya punya buktinya dengan saya, karena saya masih terkejut, emailnya adalah (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)

    Jadi untuk pekerjaan yang baik, LADY ESTHER telah melakukannya dalam hidup saya dan keluarga saya, saya memutuskan untuk memberi tahu dan membagikan kesaksian saya tentang LADY ESTHER, sehingga orang-orang dari negara saya dan kota saya dapat memperoleh pinjaman dengan mudah tanpa stres. Jadi, jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com), silakan hubungi LADY ESTHER. Dia tidak tahu bahwa saya melakukan ini tetapi saya sangat senang sekarang dan saya memutuskan untuk memberi tahu orang lain tentang dia, Dia menawarkan semua jenis pinjaman baik untuk perorangan maupun perusahaan dan juga saya ingin Tuhan memberkati dia lebih banyak,

    Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: (rikanadia6@gmail.com). Sekarang, saya adalah pemilik bangga seorang wanita bisnis yang baik dan besar di kota saya, Semoga Tuhan Yang Mahakuasa terus memberkati LADY ESTHER atas pekerjaannya yang baik dalam hidup dan keluarga saya.
    Tolong lakukan dengan baik untuk meminta saya untuk rincian lebih lanjut tentang Ibu dan saya akan menginstruksikan, dan ada bukti pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) Terima kasih semua

    ReplyDelete
  2. Jika anda mempunyai masalah kewangan, maka sudah tiba masanya untuk anda tersenyum. Anda hanya perlu menghubungi Encik Benjamin dengan jumlah yang anda ingin pinjam dan tempoh pembayaran yang sesuai dengan anda dan anda akan mempunyai pinjaman anda dalam tempoh tiga hari bekerja. Saya hanya mendapat manfaat untuk keenam kali pinjaman sebanyak 700 ribu dolar untuk tempoh 180 bulan dengan kemungkinan membayar sebelum tarikh tamat tempoh. Encik Benjamin telah membantu saya dengan pinjaman.Membuat hubungan dengannya dan anda akan melihat bahawa dia adalah seorang yang sangat jujur dengan hati yang baik. E-melnya adalah lfdsloans@lemeridianfds.com dan nombor telefon WhatAppnya ialah + 1-989-394- 3740

    ReplyDelete
  3. kadangpintar.com - kadangpintar.com
    kadangpintar.com. kadangpintar kadangpintar.com. youtube to mp4 kadangpintar.com. kadangpintar.com. kadangpintar.com. kadangpintar.com. kadangpintar.com. kadangpintar.com. youtube to mp3

    ReplyDelete
  4. Lucky Club Casino Site - Lucky Club Live
    ‎Login · ‎Login · ‎Lucky Club Casino · ‎Lucky Club Casino · ‎Lucky Club Casino Rewards · luckyclub.live ‎Lucky Club Casino · ‎Lucky Club Casino

    ReplyDelete
  5. Lucky Creek Casino - MapYRO
    Search for Lucky Creek Casino 충청북도 출장샵 in Valley Center, CA. Find 이천 출장마사지 reviews and directions 대전광역 출장마사지 for Lucky Creek 제주 출장마사지 Casino in Valley Center, including road conditions, traffic  Rating: 4.7 · ‎23 votes 춘천 출장마사지

    ReplyDelete